Hotforex ialah broker kos rendah yang menerima pedagang Malaysia. Mereka dikawal selia oleh banyak pengawal selia, mempunyai pelbagai jenis akaun, platform Metatrader, namun terdapat beberapa kekurangan. Kami membandingkannya dalam ulasan Hotforex ini.
HotForex adalah forex STP dan broker CFD yang menerima pedagang yang tinggal di Malaysia. Mereka menyediakan servis dalam 27 bahasa berbeza termasuk bahasa Inggeris & Melayu.
HotForex menawarkan tujuh jenis akaun berbeza untuk pedagang Malaysia termasuklah: Islamik, Mikro, Premium, spread Sifar, Auto, PAMM, dan HFCopy. Yuran yang dikenakan bergantung kepada jenis akaun yang digunakan oleh pedagang. Pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan platform urus niaga MetaTrader 4 atau MetaTrader 5 yang tersedia pada telefon pintar, komputer, tablet, dan pelayar web.
HotForex diperbadankan di St. Vincent dan Grenadine serta dikawal selia oleh FCA (UK) yang merupakan tier-1 pengawal selia kewangan, dan termasuk juga FSCA . Jadi, Hotforex adalah broker yang agak selamat untuk membuat urus niaga forex.
HotForex menawarkan kepada pedagang Malaysia peluang untuk membuat urus niaga bagi 53 pasangan mata wang , 100+ CFD untuk komoditi, logam, tenaga, indeks, syer dan banyak lagi.
Untuk ulasan Hotforex Malaysia, kami membuat senarai kekurangan dan kekurangan broker ini sekali dengan yuran, tahap keselamatan, reputasi, platform, bonus & segalanya yang anda ingin tahu sebelum membuat pilihan.
Kelebihan HotForex Malaysia
Kekurangan HotForex Malaysia
๐ Keputusan dari kami berkenaan Hotforex | #2 Forex Broker di Malaysia |
๐ฆ Nama Broker | HotForex Malaysia |
๐ต Spread EUR/USD Yang Biasa | 1.2 pips (dengan Akaun Standard) |
๐ Ditubuhkan pada | 2010 |
๐ Laman Sesawang | www.hotforex.com |
๐ฐ Hotforex Malaysia Minimum Deposit | $5 |
โ๏ธ Maksimum Leverage | 1:1000 |
โ๏ธ Pengawal Selia Hotforex | FCA, DFSA, FSCA, FSA |
๐๏ธ Instrumen Urus niaga | 53 pasangan mata wang, CFD untuk 6 logam, 4 tenaga, beberapa indeks, lebih daripada 56 syer, 5 komoditi, 12 mata wang kripto, 3 sukuk, dan 34 ETF. |
๐ฑ Platform Urus Niaga | MT4, MT5 untuk desktop, tablet, web & mobile |
Seperti yang dinyatakan dalam pengenalan, Hotforex berdaftar di St.Vincent dan Grenadine dengan nombor pendaftaran 22747 IBC 2015. Pedagang Malaysia berdaftar dengan pengawal seliaan ini.
Hotforex Group dikawal selia oleh satu Tier-1 dan dua Tier-2 pengawal selia kewangan, sekali dengan pengawal selia lain yang mempunyai reputasi baik. Mereka berada dalam bisnes lebih daripada 10 tahun dan mempunyai jutaan pedagang berdaftar di seluruh dunia selama bertahun-tahun.
HotForex dikawal selia dan disahkan oleh pengawal selia seperti di bawah:
Adakah HotForex ialah broker forex yang selamat untuk pedagang Malaysia? Ya, pada pendapat kami, Hotforex ialah broker yang selamat kerana mereka telah dikawal selia oleh banyak pengawal seliaan yang Top-tier.
Bukan sahaja dikawal selia oleh pengawal seliaan yang bagus, Hotforex juga mengekalkan amalan keselamatan seperti pengasingan dana, perlindungan baki negatif, dan insuran jika berlaku kehilangan wang.
Jadi, kami menganggap bahawa Hotforex ialah broker yang selamat untuk pedagang Malaysia.
Yuran yang dicaj HotForex bergantung kepada banyak faktor. Faktor ini termasuklah jenis akaun yang digunakan, instrumen yang didagangkan dan bila urus niaga dibuat.
Untuk ulasan ini, kami menggunakan beberapa contoh penanda aras untuk memberikan anda idea berapa banyak yuran yang dicaj.
Berikut adalah butiran tentang caj urus niaga & bukan urus niaga di HotForex Malaysia:
Di bawah ialah tangkap layar jadual dari laman sesawang mereka yang menunjukkan spread biasa bagi pelbagai jenis akaun.
Struktur komisen yang pertama mengenakan caj USD 0.03 per 1000 lot manakala struktur komisen yang kedua mengenakan caj sebanyak USD 0.04 per 1000 lot. Struktur komisen bergantung kepada pasangan mata wang yang digunakan untuk membuat urus niaga.
Akaun Sifar sesuai untuk scalper dan pedagang mempunyai volume tinggi.
Secara keseluruhan, HotForex ialah broker berkos rendah. Mereka biasanya mengenakan caj spread sejumlah kecil sahaja dan tiada komisen yang dikenakan. Mereka juga tidak mempunyai sebarang caj tersembunyi dan hal ini membuatkan ia menjadi pilihan yang menarik untuk pedagang.
HotForex menawarkan banyak bonus promosi untuk pedagang mereka. Pedagang yang layak boleh menebus 100% bonus supercaj, 30% bonus menyelamat atau 100% bonus kredit.
HotForex menawarkan kaedah deposit dan pengeluaran yang meluas untuk pedagang Malaysia.
Apa yang menariknya, tiada yuran dikenakan untuk membuat deposit & pengeluaran.
Berikut adalah senarai pilihan membuat deposit yang tersedia di HotForex Malaysia:
Kaedah pengeluaran secara umumnya sama sahaja dengan kaedah deposit. Anda boleh meminta untuk membuat pengeluaran pertama anda dengan kaedah seperti memasukkan dana kedalam akaun anda.
Secara keseluruhan, kaedah deposit dan pengeluaran di HotForex sama dengan broker lain kecuali ianya tidak menawarkan pemindahan wang bank tempatan. Apa yang bagusnya ialah mereka tidak mengenakan sebarang caj untuk deposit atau pengeluaran, jadi adalah pilihan yang bagus untuk anda membuka akaun dengan mereka.
Seperti yang diberitahu di atas, HotForex menawarkan tujuh jenis akaun berbeza. Setiap jenis akaun mempunyai kelebihan dan kekurangan serta bersesuaian dengan pelbagai jenis pedagang. Sebagai contoh, akaun Spread Sifar sesuai untuk pedagang volume tinggi dan scalper.
Hotforex mempunyai deposit minimum $5 dengan Akaun Mikro mereka. Deposit minimum bergantung kepada akaun anda.
Berikut adalah butiran jenis-jenis akaun berbeza yang relevan untuk pedagang Malaysia.
1. Akaun Islamik โ Akaun spread untuk Mikro, Premium, Auto dan Sifar tersedia seperti akaun Islamik. Syarat akaun biasa terpakai dengan pengecualian yang mereka tidak mengenakan caj untuk kadar pertukaran atau caj pusingan jika memegang posisi semalaman.
2. Akaun Mikro โ Deposit minimum untuk pembukaan akaun Mikro adalah $5. Leverage maksimum yang boleh digunakan ialah 1:1000.
3. Akaun Premium โ Deposit minimum untuk pembukaan akaun Mikro adalah $100. Leverage maksimum yang boleh digunakan ialah 1:500.
4. Akaun Sifar Spread โ Deposit minimum untuk akaun jenis ini adalah $200. Leverage maksimum yang tersedia ialah 1:500. Akaun jenis ini mengenakan caj spread yang rendah serendah sifar. Walau bagaimanapun, pedagang perlu membayar komisen untuk setiap urus niaga.
5. Akaun Auto โ Deposit minimum adalah $200. Leverage maksimum ialah 1:500. Akaun Auto membolehkan anda untuk melanggan isyarat urus niaga yang percuma dan berbayar dari komuniti urus niaga MQL5.
6. Akaun PAMM โ Deposit minimum adalah $250. Leverage maksimum yang digunakan ialah 1:300..
7. Akaun HFCopy โ Akaun HFCopy membolehkan โpengikutโ untuk meniru urus niaga โPenyedia Strategiโ. Penyedia Strategi boleh mengenakan caj prestasi yang boleh mencapai sebanyak 50%.
HotForex menawarkan pilihan kepada pedagang untuk urus niaga lebih daripada 53 pasangan mata wang, 6 logam untuk CFD, 4 tenaga, beberapa indeks, lebih daripada 56 syer, 5 komoditi, 12 mata wang kripto, 3 sukuk, dan 34 ETF.
Secara keseluruhan, mereka mempunyai pilihan instrumen yang meluas berbanding dengan broker forex yang lain seperti OctaFX, FXTM yang mempunyai instrumen yang rendah. Walaupun begitu, Exness mempunyai pasangan mata wang yang lebih banyak berbanding Hotforex.
Apa yang menariknya, instrumen yang boleh didapati adalah sama tidak kira jenis akaun yang digunakan. Hal ini bermakna, anda boleh membuat urus niaga dengan instrumen yang sama dengan akaun Mikro begitu juga dengan akaun Sifar.
Maksimum leverage yang berguna bergantung kepada jenis akaun dan instrumen yang didagangkan.
Hotforex adalah broker forex & CFD Metatrader.
Pedagang yang mengunakan HotForex mempunyai pilihan untuk menggunakan platform urus niaga MetaTrader 4 atau MetaTrader 5. Kedua-dua platform urus niaga ini tersedia untuk desktop, telefon pintar, tablet dan pelayar sesawang.
Pengguna yang menggunakan kedua-dua Windows dan Mac OS boleh mengakses platform urus niaga ini. Untuk pengguna alat mudah alih, platform urus niaga ini tersedia untuk Android dan IOS.
MT4 dan MT5 ialah platform urus niaga yang sangat popular dikalangan pedagang forex dan ianya senang digunakan. HotForex tidak menawarkan platform urus niaga hak milik sendiri untuk pedagang.
Pedagang di Malaysia boleh menghubungi kumpulan khidmat sokongan pelanggan HotForex melalui sembang langsung, emel, faks, panggilan telefon, atau melalui borang di laman sesawang mereka. Kumpulan khidmat sokongan pelanggan tersedia 24 jam pada hari bekerja.
Secara keseluruhan, HotForex menawarkan pelbagai jenis cara untuk pedagang Malaysia menghubungi mereka.
Dalam kata mudah, ya, kami mengesyorkan HotForex untuk pedagang di Malaysia.
HotForex adalah broker berkos rendah yang mengenakan caj spread yang rendah dan tidak mengenakan caj komisen untuk kebanyakan jenis akaunnya. Mereka tidak mengenakan caj tersembunyi seperti caj deposit atau sebagainya.
HotForex dikawal selia oleh pengawa selia kewangan bereputasi termasuklah FCA dari UK, FSCA, CySEC. Hal ini membuatkan mereka adalah pilihan yang selamat.
Mereka juga mempunyai instrumen yang meluas yang boleh digunakan untuk membuat urus niaga. Mereka juga baru-baru ini mula menawarkan ETF untuk urus niaga. Walaupun HotForex tidak mempunyai platform urus niaga hak milik, mereka menawarkan platform urus niaga MT4 dan MT5 untuk pengguna.
Lagipun, mereka juga menawarkan akaun Islamik.
Kelemahan utama untuk pedagang Malaysia ialah mereka tidak menawarkan nombor telefon tempatan untuk dihubungi bagi khidmat sokongan pelanggan. Khidmat sokongan emel serantau juga tidak tersedia dalam bahasa Melayu.
HotForex Malaysia Kenya