Nicholas

  —  

TradeForexMalaysia Editor

Senarai Broker Forex Terbaik di Malaysia untuk tahun 2021

Kami telah menyenaraikan para broker ini setelah membandingkan yuran, pengawalseliaan Tahap 1, platform & pelbagai lagi..

Nama Broker Kelebihan Spread Biasa (EURUSD) Deposit Minima Bonus & Promos Ketahui Lebih Lanjut
XM Forex Broker

XM Forex

Spread Rendah & alat dagangan luas

Fees (EURUSD)
0.8 pips

dengan Akaun Mikro Ultra Rendah

Minimum Deposit
$5
Bonus Offers
15% Bonus sehingga $500
Lawati XM Baca Ulasan XM Forex

Apakah sesetengah terma utama yang perlu anda biasakan? Apakah yang perlu menjadi strategi perdagangan anda? Bagaimana untuk tahu broker mana yang harus dipilih? Apakah risiko yang anda telah akui semasa berdagang? Menerusi panduan ini, kami akan menjawab segala persoalan tersebut dan pelbagai lagi.

6 Langkah bagi memulakan Forex Trading di Malaysia
  1. Mulakan dengan Mempelajari konsep Trading Forex
  2. Fahami Kunci Utama Forex Trading
  3. Pilih broker yang bereputasi & buka akaun Dagangan Demo
  4. Bina Strategi Dagangan Forex anda
  5. Pelajari risiko & Cara menguruskannya dalam Trading Forex
  6. Buka Akaun Dagangan Forex Langsung

Pasaran forex merupakan pasaran kewangan di mana pasangan forex atau mata wang seperti EURUSD di jadikan pertukaran. Dolar AS adalah mata wang yang paling banyak diperdagangkan di seluruh dunia &ianya ditukar dengan mata wang lain misalnya Euro, CAD, AUD dll. Trading forex melibatkan spekulasi mengenai nilai instrumen mata wang contohnya anda samada melakukan pembelian atau penjualan atau menukar mata wang pada kadar pertukaran yang telah di pra tentukan atau berdasarkan pasaran semasa.

Misalnya, buat masa ini, nilai Ringgit Malaysia berbanding Dolar AS adalah 0.24. Ini bermakna anda boleh membeli 0.4 USD dengan harga 1 Ringgit.

Perdagangan Forex runcit belum lagi dikawal selia di Malaysia, jadi sebaik-baiknya elakkan perdagangan sehingga ianya sah & dikawal selia. Anda boleh merujuk panduan ini sebagai sumber anda & mempelajarinya.

Dengan sedikit halangan perdagangan, anda boleh berdagang dengan broker asing, namun ia adalah atas risiko anda sendiri.

Jom kita lihat beberapa terma utama yang anda akan temui semasa melakukan dagangan mata wang. Anda perlu memahami kata kunci ini, sebelum anda boleh berdagang forex. Anda kemungkinan besar akan menemui kesemua perkataan ini dari masa ke semasa tatkala anda mula berdagang.

Jom kita teruskan!

Apakah Pasangan Mata Wang?

Pasangan mata wang merupakan sebut harga dua mata wang, di mana nilai mata wang pertama disebut harga berbanding nilai yang satu lagi. Mata wang yang pertama di sebut sebagai mata wang asas manakala mata wang kedua disebut sebagai mata wang sebut harga.

Pasangan mata wang ditulis menggunakan kod ISO mata wang. Kod ISO merupakan kod abjad tiga huruf.

Contohnya, Dolar Euro-AS ditulis sebagai EURUSD atau EUR-USD atau EUR/USD. Dalam kes ini, nilai Euro disebut harga berbanding nilai Dolar AS.

EURUSD = 1.20 bererti satu Euro boleh membeli 1.2 Dolar AS atau anda memerlukan 1.2 Dolar AS untuk membeli satu Euro.

Semua pasangan mata wang yang paling kerap diperdagangkan serta berdasarkan Dolar AS dikenali sebagai pasangan utama. Sesetengah pasangan utama adalah EURUSD, USDJPY (Yen Jepun) dan GBPUSD (Pound Britain). Selain dari pasangan utama ini, terdapat beberapa pasangan kecil (pasangan yang tidak termasuk Dolar AS) dan pasangan eksotik (pasangan yang meliputi mata wang ekonomi yang baru muncul).

Pips

Pip adalah Peratusan di Titik. Ia merupakan unit yang digunakan bagi menyatakan perubahan dalam nilai di antara sebut harga pasangan mata wang, dari segi mata wang yang mendasari.

Sebagai contoh, katakan nilai EURUSD meningkat dari 1.1000 ke 1.1001. Ini adalah sepadan dengan kenaikan 1 pip.

Satu pip secara umumnya merupakan tempat perpuluhan terakhir sesebuah sebut harga. Misalnya pasangan yang berkaitan dengan Dolar AS naik hingga ke 4 tempat perpuluhan, 1 pip bersamaan dengan $0,0001.

Leveraj

Leveraj adalah peminjaman sejumlah wang untuk memasuki perdagangan. Dalam kes perdagangan forex, jumlah tersebut kebiasaannya dipinjam dari broker. Pedagang Forex agak beruntung kerana boleh menggunakan leveraj yang lebih tinggi, tidak seperti bentuk pelaburan lain.

Kelebihan ini bererti keperluan margin atau jumlah wang yang anda perlukan bagi pelaburan awal agak rendah berbanding modal yang di perlukan.

Contohnya, sesetengah broker forex menawarkan leveraj sehingga 1 : 1000. Ini bermakna anda boleh menguruskan sejumlah $10,000 dengan hanya melaburkan $10 di peringkat awal.

Namun leveraj adalah pedang bermata dua. Jika perdagangan tersebut tidak memihak kepada anda, maka anda akan rugi sebanyak yang anda mungkin perolehi. Secara ideal, anda perlu berdagang dengan mengambil kira risiko yang terlibat serta potensi kerugian tidak seharusnya melebihi 3% jumlah modal anda.

Harga Tawaran dan Minta

Broker forex akan menunjukkan sebut harga mereka di platform mereka. Sebut harga tersebut mempunyai harga tawaran & harga permintaan.

Harga tawaran merupakan harga di mana anda boleh membeli sesuatu pasangan mata wang. Sebagai contoh: Jika harga tawaran untuk EUR/USD adalah 1.2121, maka anda boleh melakukan pesanan beli pada harga ini.

cara yang sama, harga permintaan adalah harga di mana anda boleh menjual pasangan mata wang.

Harga tawaran mata wang sentiasa lebih rendah berbanding harga permintaan.

Spread dikenakan bayaran oleh Broker Forex

adalah perbezaan antara harga tawaran dan harga permintaan bagi sesuatu aset atau sekuriti.

Spread sesuatu pasangan mata wang bergantung kepada pasangan forex. Ia paling tinggi bagi pasangan eksotik dan terendah bagi pasangan utama. Spread diukur menggunakan pip.

Memandangkan nilai pasangan forex boleh berubah berdasarkan keadaan pasaran, begitu juga dengan nilai spreadnya. Oleh yang demikian, spread terdiri daripada dua jenis - spread tetap dan spread pemboleh ubah.

Spread tetap kekal sama, tidak bergantung kepada keadaan pasaran. Spread tetap biasanya ditawarkan oleh broker yang bertindak sebagai "pembuat pasaran". Satu kelebihan spread tetap adalah keperluan modal yang rendah. Juga, memandangkan spread telah di tetapkan, harga tetap boleh diramalkan.

Spread pemboleh ubah terus berubah berdasarkan keadaan pasaran. Kebanyakan pemboleh ubah spread ditawarkan oleh broker meja yang tidak melakukan urus niaga. Memandangkan broker boleh menyesuaikan harga permintaan berdasarkan situasi semasa, spread pemboleh ubah menyingkirkan risiko permintaan semula. Juga, spread pemboleh ubah mengamalkan harga yang telus.

Saiz Lot Forex

Di dalam pasaran forex, pasangan mata wang sentiasa di dagangkan dalam jumlah yang telah ditetapkan – di panggil lot.

Sama seperti pip yang merupakan unit yang digunakan bagi mengukur perubahan nilai pasangan mata wang, lot pula digunakan bagi mengukur kuantiti mata wang yang dibeli/dijual atau ditukar.

Lot mempunyai 4 saiz:

  1. Standard - 100,000 units
  2. Mini - 10,000 units
  3. Micro - 1,000 units
  4. Nano - 100 units

Jadi jika anda melakukan pesanan Beli untuk 5 Lot Mini, ini bererti anda membeli 50,000 Unit pasangan mata wang

Sebagai sebuah ekonomi yang sedang berkembang dan mempunyai tapak pedagang yang makin pesat, ramai broker asing yang menawarkan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, perdagangan forex runcit masih belum lagi dikawal selia dan oleh yang demikian, tiada broker yang dikawal selia untuk perdagangan forex runcit di Malaysia.

Anda boleh memilih untuk menggunakan broker asing. Namun anda perlu memastikan yang broker tersebut dikawal selia di bawah pelbagai kawalselia global tahap 1 dan tahap 2 seperti:

  • FCA (Lembaga TingkahLaku Kewangan, United Kingdom)
  • ASIC (Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia, Australia)
  • CySEC (Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Cyprus, Cyprus - EU)
  • JFSA (Lembaga Perkhidmatan Kewangan Jepun, Japan)
  • MAS (Lembaga Monetari Singapura, Singapura)
  • CFTC (Suruhanjaya Perdagangan Niaga Hadapan Komoditi, Amerika Syarikat)
  • FSCA (Lembaga Kelakuan Sektor Kewangan, Afrika Selatan)

Kebiasaannya para Broker boleh dibezakan di antara satu sama lain berdasarkan:

Jenis akaun yang ditawarkan

Akaun Islamik adalah yang paling bermanfaat bagi pedagang dari Malaysia. Selain dari itu, kebanyakan broker menawarkan sekurang-kurangnya dua jenis akaun - standard dan premium.

Instrumen yang ditawarkan

Instrumen perdagangan termasuk Forex, Matawang Kripto, Indeks, dan lain-lain. Malah bilangan pilihan bagi setiap instrumen yang ditawarkan oleh broker yang berbeza tidak serupa misalnya tidak semua broker yang menawarkan bilangan pasangan forex yang sama.

Kaedah Pelaksanaan

Terdapat dua jenis kaedah pelaksanaan berdasarkan cara pedagang menentukan butiran perdagangan semasa melakukan sesebuah pesanan.

  1. Pelaksanaan Serta Merta - dalam kes sebegini, pedagang menetapkan kedua-duanya - jumlah dan harga. Pesanan perlu dilaksanakan dengan serta-merta.
  2. Namun, jika harga tersebut berubah sebelum broker boleh melaksanakan perdagangan dengan harga yang disebutkan, broker boleh membatalkan perdagangan dan membalas dengan sebut harga baru.
  3. Pelaksanaan Pasaran – dalam kes ini pedagang boleh menentukan jumlah perdagangan dan perdagangan akan dilaksanakan pada harga pasaran sebenar.

Bayaran

Bayaran broker biasanya terdiri daripada tiga jenis:

  1. Spreads
  2. Komisen

    Ini boleh dikelaskan lebih lanjut melalui dua kategori luas:

    1. Tetap
      Komisen dikenakan bagi setiap transaksi, tanpa mengira jumlah perdagangan.
    2. Relatif
      Komisen relatif adalah berdasarkan kepada jumlah. Semakin tinggi saiz lot, semakin bertambah tinggi komisennya.
  3. Bayaran Tambahan/Pilihan Ini merangkumi pelbagai jenis bayaran. Ia mungkin meliputi bayaran yang harus anda bayar bagi menikmati manfaat khas yang boleh membantu anda dalam perdagangan hingga ke bayaran yuran penyelenggaraan akaun secara tahunan.

Semasa memilih seseorang broker, anda perlu sentiasa mencari broker yang menyokong deposit dan pengeluaran dari bank tempatan . Dengan cara ini anda tidak akan dikenakan bayaran tambahan serta tidak akan di hadkan hanya pada kaedah pembayaran dalam talian.

Jika anda merupakan seorang pelabur yang baru, lebih baik untuk anda bermula dengan akaun demo. Akaun demo akan membantu anda membiasakan diri dengan platform perdagangan. Akaun demo turut mensimulasikan pasaran dalam masa sebenar dan dengan demikian, anda boleh menguji sejauh mana keberkesanan strategi perdagangan anda. Sebaik anda rasa sudah bersedia untuk memasuki pasaran, anda harus memulakan dengan modal yang kecil terlebih dahulu. Ini akan mengelakkan anda daripada mengalami kerugian besar.

Sebagai sebuah ekonomi yang sedang berkembang dan mempunyai tapak pedagang yang makin pesat, ramai broker asing yang menawarkan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, perdagangan forex runcit masih belum lagi dikawal selia dan oleh yang demikian, tiada broker yang dikawal selia untuk perdagangan forex runcit di Malaysia.

Anda boleh memilih untuk menggunakan broker asing. Namun anda perlu memastikan yang broker tersebut dikawal selia di bawah pelbagai kawalselia global tahap 1 dan tahap 2 seperti:

Langkah pertama dan terpenting, sebelum anda mula berdagang, adalah memilih seorang broker. Anda perlu membuat perbandingan broker dengan mengambi kira perkara berikut:

Pengawalseliaan

Periksa juga institusi di mana broker tersebut berdaftar. Institusi pengawalseliaan terbahagi kepada tiga kategori atau "tahap":

Tahap 1 (Kepercayaan Tinggi)

Seperti,

  • ASIC
  • JFSA
  • MAS
  • FCA

Tahap 2 (Kepercayaan Sederhana)

Seperti,

  • CySEC
  • CBRC (Suruhanjaya Pengawalseliaan Perbankan China, China)
  • DFSA (Lembaga Perkhidmatan Kewangan Dubai, Emiriah Arab Bersatu)

Tahap 3 (Kepercayaan Rendah)

  • Ini termasuk pengawalselia wilayah dari beberapa negara. Adalah Lebih baik mengelakkan para broker yang hanya di kawalselia oleh para broker tahap 3.

Secara umumnya, anda perlu memilih broker yang dikawal selia di bawah sekurang-kurangnya beberapa institusi tahap-1/Tahap-2.

Kaedah Deposit

Kaedah deposit turut berbeza di antara broker dengan broker yang lain. Begitu juga masa yang diambil untuk memasukkan deposit ke dalam akaun perdagangan anda turut berbeza. Pertama sekali, senaraikan kaedah pembayaran yang paling anda gemari dan juga kaedah pembayaran yang anda ingini sebagai pilihan. Kemudian, bandingkan para broker tersebut berdasarkan kepada senarai yang telah anda buat.

Instrumen yang Ditawarkan

Seperti yang telah di terangkan sebelum ini, para broker menawarkan pelbagai pilihan dalam instrumen perdagangan. Memandangkan anda ingin berdagang di dalam forex, pilih pasangan mata wang yang anda ingin labur dan seterusnya periksa silang broker berdasarkan keutamaan anda.

Alat Dagangan Yang Ditawarkan

Alat dagangan membantu anda dalam perdagangan. Antara alat perdagangan yang paling popular adalah:

  • Pesanan Berhenti-Kerugian- menghentikan perdagangan tatkala nilai aset atau sekuriti yang mendasari melangkaui/di bawah had yang tertentu.
  • Perlindungan Baki Negatif - mencegah anda kerugian lebih banyak berbanding apa yang anda laburkan.
  • Kalendar Ekonomi - senaraikan semua peristiwa global berkala yang telah mempengaruhi pasaran pada masa lepas serta mungkin berulang di masa depan.
  • Kalkulator- Kalkulator kewangan boleh. di guna berdasarkan pelbagai parameter, seperti pip, saiz kontrak spread, carta harga, dll.

Walaubagaimanapun, ambil perhatian yang tidak semua broker menawarkan peralatan ini secara percuma. Kadang kala bayaran penggunaan alat ini di kenakan. Jika tidak, ciri-ciri tersebut mungkin disediakan bagi akaun premium, di mana bayaran tersebut di masukkan berserta bayaran penyelenggaraan atau yuran tahunan.

Jenis Akaun Yang Ditawarkan

Seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini, para broker menawarkan pelbagai jenis akaun kepada pelanggan mereka. Kebiasaannya ini termasuk akaun biasa dan premium.

Selain daripada itu, anda turut boleh memilih broker yang menawarkan akaun ECN. ECN bererti Rangkaian Komunikasi Elektronik dan akaun ECN amat bermanfaat khususnya bagi para pedagang jangka pendek. Ini di sebabkan komisen akan dikenakan berdasarkan jumlah transaksi yang diproses berbanding jumlah perdagangan. Juga, akaun ECN turut menawarkan lebih kecairan serta spread yang lebih ketat.

Akhir sekali, anda turut boleh memilih akaun Islamik. Akaun Islamik adalah berdasarkan prinsip undang-undang Syariah dan menawarkan perdagangan tanpa faedah tanpa rollovers atau yuran semalamam.

Platform Yang Di Sokong

Antara platform perdagangan yang paling popular adalah MT4 ( MetaTrader 4) dan MT5 (MetaTrader 5). Kesemua aplikasi perisian perdagangan berbeza yang ditawarkan oleh para broker adalah berdasarkan kepada salah satu dari dua platform ini.

Jika anda ingin menggunakan telefon pintar anda untuk berdagang, anda perlu mencari broker yang menawarkan aplikasi perdagangan mudah alih.

Sila ambil perhatian yang aplikasi perisian untuk perdagangan berbeza untuk Windows, Mac OS, Android dan iOS. Jadi lebih baik untuk memeriksa jika broker tersebut menawarkan aplikasi perdagangan yang serasi dengan peranti- peranti anda.

Yuran dan Bayaran

Kita telah pun membincangkan tentang bagaimana broker yang berbeza mengenakan bayaran kepada pelanggan mereka di bahagian sebelumnya. jadi, mari kita lihat dua bayaran tambahan penting yang mungkin anda mungkin akan tanggung semasa berdagang:

  • Bayaran Semalaman

    Turut disebut sebagai bayaran rollover, bayaran semalaman mewakili faedah yang dikenakan pada posisi yang kekal terbuka semalaman. Ia secara umumnya dikira untuk posisi yang kekal terbuka selepas 5:00 EST.

  • Bayaran Tidak Aktif

    Bayaran tidak aktif dikenakan pada akaun yang terbayar untuk suatu tempoh yang lama. Akaun terbiar merupakan akaun yang tidak menerima sebarang transaksi dalam jangka masa yang ditetapkan. Tempoh di mana broker mengenakan yuran tidak aktif kebiasaannya adalah 6 bulan.

    Bayaran tidak aktif merupakan liabiliti bagi para pedagang jangka panjang/beli-dan-tahan. Jadi, anda mesti mengingati perkara ini tatkala membandingkan antara broker dan juga, semasa menguruskan akaun perdagangan.

Sebaik sahaja anda selesai membandingkan antara broker pilihan anda dan memilih salah satu dari senarai, apa yang anda perlu akukan sekarang adalah membuka sebuah akaun perdagangan. Langkah-langkah asas dalam pembukaan akaun adalah:

  • Mendaftar dengan broker yang anda telah pilih serta memilih jenis akaun yang anda gemari.
  • Menghantar maklumat/dokumen bagi pengesahan akaun anda. Ini mungkin mengambil sedikit masa, dan adalah berbeza dari broker ke broker yang lain.
  • Memasukkan dana.
  • Akhir sekali, muat turun aplikasi perdagangan pilihan bagi memulakan dagangan.

Sebagai seorang pelabur yang baru, mulakan dengan akaun demo sambil memerhatikan jumlah leveraj yang anda gunakan.

Apakah Risiko Forex Trading?

Perdagangan forex, sama seperti pelbagai bentuk pelaburan lain, turut mengandungi risiko tertentu. Seperti juga pelaburan yang lain, risikonya meningkat secara langsung berdasarkan potensi pulangan.

Tiga bentuk risiko paling biasa terjadi dalam perdagangan forex adalah:

  • Risiko Leveraj

    Seperti mana yang telah kita bincangkan sebelum ini, dengan jumlah leveraj yang lebih tinggi, risiko yang terlibat turut akan lebih tinggi. Jadi, anda perlu sentiasa memulakan perdagangan berdasarkan jumlah risiko yang terlibat, misalnya jumlah kerugian yang mungkin anda tanggung, dan bukan berdasarkan potensi keuntungan dari perdagangan tersebut.

  • Risiko Kadar Pertukaran

    Risiko kadar pertukaran adalah disebabkan oleh turun naik nilai mata wang tempatan anda berbanding mata wang asing yang lain. Risiko kadar pertukaran tidak dapat dielakkan namun salah satu cara untuk mengurangkannya adalah melalui kepelbagaian.

    Kepelbagaian merupakan tindakan pelaburan dalam pelbagai aset atau sekuriti yang tidak berkaitan/lemah. Risiko yang terlibat serta potensi hasil bagi setiap pelaburan adalah berbeza-beza dan jumlah nisbah risiko-kepada-ganjaran aset anda boleh disesuaikan mengikuti keinginan anda.

  • Risiko Kecairan

    Nilai mata wang sesebuah negara turun naik tatkala ia mengalami krisis ekonomi, sosial atau politik skala tempatan, nasional mahu pun global. Ini menyebabkan perubahan nilai pasangan forex yang berkaitan dan, dan kesannya, pasaran menjadi tidak menentu.

    Semasa waktu ketidaktentuan yang tinggi , para pedagang terdedah kepada risiko kecairan misalnya, ketidakupayaan untuk keluar dari perdagangan kerana mereka mungkin menanggung kerugian yang besar.

Cara terbaik bagi mengurangkan risiko pelaburan anda adalah menerusi pengurusan risiko.

Pengurusan Risiko tidak hanya sekadar memberi fokus bagi mengurangkan jumlah risiko terlibat malah turut memaksimumkan keuntungan dari portfolio anda. Langkah-langkah asas dalam pengurusan risiko adalah:

  • Mendapat pengetahuan mengenai pasaran.
  • Mengetahui berita tempatan dan global.
  • Menghadkan jumlah leveraj yang digunakan.
  • Menyingkirkan pemikiran keuntungan yang tidak realistik.
  • Menggunakan pesanan henti-rugi bagi menyesuaikan dagangan anda.
  • Tidak berdagang berdasarkan emosi.

Akhir sekali, kejayaan operasi bergantung pada perancangan pelan. Dalam kes perdagangan Forex, anda perlu mengikuti strategi perdagangan.

Strategi Dagangan Forex boleh di bahagikan secara meluas melalui Asas & Teknikal.

Di dalam bab ini, kami akan menerangkan secara ringkas tentang setiap strategi tersebut.

Semasa merancang strategi perdagangan forex, adalah penting untuk memfokuskan kepada dua perkara utama:

Analisis Asas

Analisis asas adalah berdasarkan kepada pemantauan faktor-faktor sosial, ekonomi & politik yang telah mempengaruhi perkembangan pasaran pada masa yang lepas sera mungkin akan berlaku lagi di masa akan datang.

Walau hanya dengan perkembangan yang paling sedikit di sesebuah negara masih mampu menyebabkan ekonominya berubah secara tidak langsung nilai mata wangnya. Semakin stabil ekonomi sesebuah negara, semakin ramai pelabur asing cenderung untuk melabur di dalam mata wangnya.

Faktor-faktor penting yang perlu anda perhatikan merangkumi:

  • Kadar faedah
  • Kadar inflasi
  • KDNK
  • Kadar pengangguran

Analisis Teknikal

Analisis teknikal melibatkan kajian graf/carta serta visualisasi data sejarah pergerakan harga. Ianya turut berkisar tentang mengenali corak dan bentuk graf serta membuat kesimpulan maklumat darinya.

Sesetengah jenis carta yang perlu anda perhatikan adalah:

  • Carta garisan
  • Carta OHLC (Buka-Tinggi-Rendah-Tutup)
  • Carta batang lilin

Analisis teknikal turut melibatkan penggunaan sesetengah petunjuk kewangan, seperti:

  • Petunjuk Trend:
    • Purata Pergerakan (MA)
    • Purata Pergerakan / Penumpuan Bergerak (MACD)
  • Petunjuk Kecairan:
    • Julat Benar Purata (ATR)
    • Sisihan Piawai
  • Petunjuk Jumlah:
    • Indeks Aliran Wang
    • Garisan Pengumpulan/Pengagihan

Akhir sekali, analisis teknikal akan membantu anda merangka strategi yang tepat. Sesetengah strategi yang paling popular, yang berkait dengan analisis teknikal, adalah:

  • Scalping

    Di dalam scalping, pedagang mencari keuntungan kecil setiap hari. Pulangan per dagangan adalah minimum, kerana masa untuk pedagang memegang posisinya kebiasaannya hanyalah antara 1 minit hingga 1 jam.

    Scalping membuka paling banyak peluang perdagangan. Namun ia menuntut tahap keterlibatan yang paling tinggi dan paling sesuai untuk pedagang sepenuh masa.

  • Perdagangan Hari

    Dalam perdagangan hari, semua posisi akan ditutup sebelum hari berakhir. Walaupun ini membuka sejumlah besar peluang perdagangan, perdagangan hari turut menuntut tahap keterlibatan yang tinggi semasa waktu dagangan (walaupun ia lebih sedikit berbanding kes scalping).

  • Perdagangan Swing

    Di sini para pedagang memegang aset hingga beberapa hari bagi mengambil manfaat dari turun naik harga.

    Perdagangan Swing memerlukan penglibatan yang lebih rendah berbanding perdagangan hari namun pedagang turut terdedah kepada risiko pasaran semalaman dan hujung minggu.

  • Perdagangan Posisi

    Perdagangan Posisi melibatkan pegangan posisi bagi jangka masa yang panjang – berkisar dari beberapa bulan hingga ke beberapa tahun.

    Walaupun perdagangan posisi melibatkan penglibatan yang minimum serta nisbah ganjaran-ke-risiko yang tinggi, ia turut menghadirkan beberapa peluang perdagangan .

Kesimpulan

Dagangan forex pastinya agak berisiko, namun itu berlaku hanya di saat anda bertindak secara impulsif. Inilah sebabnya mengapa anda harus meluangkan masa yang mencukupi bagi mempelajari serta melatih diri sebelum beralih kepada lot.

Begitu juga semasa mahu berdagang serta memilih broker, anda perlu membaca segala dokumen dan syarat yang berkaitan dengan berhati hati. Pastikan berdagang berdasarkan undang-undang negara anda. Jika ada sebarang keraguan, anda boleh berjumpa dengan pakar atau hanya melakukan carian di Google. Terdapat pelbagai laman web dalam talian berkenaan pelbagai aspek perdagangan. Juga terdapat blog dan laman web khusus yang boleh membantu anda berhubung dengan para pedagang profesional.